Selamat Datang Insan Terpilih Berjiwa Kental,Hadirmu takdir tuhan,Selamat Berjuang
Memaparkan catatan dengan label ILMU AGAMA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ILMU AGAMA. Papar semua catatan

POSITIF dan NEGATIF HARI IBU

Assalammualaikum sahabt...

DISANA ADA SUATU TEMPAT
DIBARISAN TERDEPAN TETAPI
MENUNTUT ANDA UNTUK MENAMBAH PENINGKATAN
DAN KESEMPURNAAN DALAM PERKARA YANG DIAMALKAN
Wow!!!! hari ini...banyak isu yang timbul dan makin lama makin besar  bebanan sebagai seorang pendakwah yang mahukan ISLAM itu sebagai agama yang penuh dengan nilai dan bukan sebgai penghukum...Namun bergelar pendakwah bukan suatu yang mudah lebih -lebih lagi inginkan orang mengerti apa yang kita sampaikan.Hari ini tercatat di kalender tentang HARI IBU..Yang sebenarnya dari dahulu lagi cikgu kat skolah pon memang mengajar kita apa itu hari ibu..
Namun makin lama dunia ini beredar makin muncul orang yang hebat -hebat dan pandai-pandai yang bangkit mempertahankan pendapat masing2x.Bagus!!!cumanya kadangkala mereka lupa ada yang lebih utama untuk di perjuangkan dalam mencari kebenaran ..
Hari ini saya teringin untuk menyampaikan pendapat saya sendiri mengenai sambutan HARI IBU yang pada hakikatnya punyai kelebihan dan kekurangan.

NEGATIF
  1. Tidak pernah dituntunkan dalam ajaran Islam
  2. Perayaan tersebut adalah perayaan yang mengada-ngada, tidak pernah dituntunkan oleh Rasulullah dan para sahabatnya. Cukuplah mereka sebagai sebaik baik petunjuk. Fatwa Ulama Saudi
  3. Hari ibu biasanya dirayakan setiap tanggal 22 Desember, berikut fatwa Al-Lajnah Ad- Daimah (semacam MUI di Saudi) mengenai hal ini. Al Lajnah Ad Daimah ditanya, “kapan tanggal yang tepat untuk memperingati hari ibu?”
  4. Mereka menjawab:“Tidak boleh mengadakan peringatan yang dinamakan dengan peringatan hari ibu, dan tidak boleh juga memperingati perayaan peringatan tahunan yang dibuat-buat (tidak ada tuntunannya dalam al-Qur’an dan As-sunnah, karena perayaan (ied) tahunan yang diperbolehkan dalam Islam hanya Idul Fitri dan Idul Adha.
POSITIF

Adapun pendapat yang memperbolehkan ucapan hari ibu adalah sebagai berikut:
Syeikh DR. Yusuf Qaradawi dan DR. Muhammad al-Banna berpendapat: Tidak ada larangan untuk menyambut Hari Ibu, tetapi dengan beberapa syarat: 

1. Sambutan itu hanyalah "penghormatan tambahan" yg sudah dilakukan sehari-hari yg diberikan untuk ibu. 

2. Sambutan itu tidaklah dianggap sebagai suatu perayaan dalam arti menyamai Idul Fitri dan Idul Adha, yg ada dasarnya yg jelas dalam Syari'ah. 

3. Tidak berlaku di dalamnya perkara-perkara yg diharamkan oleh Syari'ah seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan. 

4. Tidak dimaksudkan untuk menyerupai orang-orang yg bukan Islam. 

5. Hendaklah kandungan perayaan itu diteruskan sepanjang tahun dan tidak terbatas pada hari tersebut saja. 

Jadi Kesimpulannya..sama-samalah kita mengkaji dan mencari ilmu..bagi saya ikut diri memasing jika kita rasa niat kita hanya untuk ucap terima kasih dan membahagiakan ibu kita terpulanglah,ia di haruskan..selagi kita tidak melakukan perkara yang melanggar hukum allah ye tak?heheh...ok bagi yang boleh terima silakan tapi maap jika ada yang kurang senang..masing2x ada pendapat masing2x terpulanglah...namun jangan hidup terus menghukum kerana kita bukan penentunya...\

#sayasayangemaksaya
#setiapharihariibu
#ilovemymother








12 golongan Mendapat Doa Malaikat































12 Golongan yang mendapat doa para Malaikat


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa : "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci" (Hadis Riwayat Ibnu Hibban dari Abdullah bin Umar r.a, hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhib wat Tarhib I/37) 

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf hadapan ketika solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah. (Tidak meninggalkan ruang kosong dalam saf)

5. Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika imam selesai membaca surah Al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat subuh dan solat asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakannya.

9. Orang yang berinfaq di jalan Allah.

10. Orang yang makan sahur.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (berdoa) kepada orang-orang yang sedang makan sahur" 


11. Orang yang sedang melawat orang sakit.

12. Seseorang yang sedang mengajar kebaikan kepada orang lain.

#kedamaian
#GadisKental


Anda Sudah???

Adakah anda sudah?
1) Bangun sepertiga malam & berdoa.
2) Bersuci, berwuduk & berdoa.
3) Solat sunat Taubat, Tahajjud & Hajat, Witir.
4) Membaca Al-Quran
5) Niat puasa dan bersahur.
6) Solat sunat di rumah.
7) Menjawab azan Subuh.
8) Berdoa selepas azan.
9) Solat sunat sebelum Subuh.
10) Solat Subuh berjemaah.
11) Pergi bekerja sambil berzikir, berselawat & beristighfar.
12) Bekerja, belajar, berniaga & sbgnya niat Lillahi Taala.
13) Solat sunat Dhuha.
14) Menjawab azan Zuhur.
15) Berdoa selepas azan.
16) Solat sunat sebelum Zuhur.
17) Solat Zuhur berjemaah.
18) Solat sunat selepas Zuhur.
19) Membaca Al-Quran selepas solat Zuhur.
20) Meneruskan kerja sambil berzikrullah.
21) Menjawab azan Asar.
22) Berdoa selepas azan Asar.
23) Solat Asar berjemaah.
24) Membaca Al-Quran setelah solat Asar.
25) Membuat persiapan berbuka puasa.
26) Bersedekah dan menderma.
27) Membaca doa berbuka puasa.
28) Segera berbuka dengan kurma & air.
29) Solat Maghrib berjemaah.
30) Bersiap ke masjid atau ke surau.
31) Solat tahiyatul masjid.
32) Menjawab azan Isyak.
33) Berdoa setelah azan Isyak.
34) Solat sunat Rawatib.
35) Solat Isyak berjemaah.
36) Tadarus dan tadabbur Al-Quran.
37) Mendengar kuliah atau tazkirah agama.
38) Minta ampun dengan ibubapa sebelum tidur.
39) Ampunkan kesalahan orang lain.
40) Muhasabah diri sebelum tidur

Apa Itu Futur

Alhamdulillah, Sedikit perkongsian tuk hari ini.
A: "Ehh kau futur x sekarang ni?" .
B: "Benda alah apa pulak futur ni?" Kalau future aku tahu lah. Future life, future husband.." Erkk! 😷 .
A: " 😏😏 Lain pulak perginya. Ok camni. Futur ni maksud dia satu perasaan lemah semangat dlm melakukan ibadah @ amal. Cthnya: solat & tadarus Al-Quran" .
Zaman Rasulallah S.A.W juga pernah merasakan futur, iaitu apabila wahyu tidak diturunkan kpd nabi dlm tempoh yg agak lama. .
Rasulallah merasakan dirinya futur, lemah. Baginda anggap dirinya tidak disayangi lagi oleh Allah. .
Lalu.. Allah pujuk Rasulullah dgn menurunkan surah Ad-Duha, bagi menenangkan hati Baginda yg resah. .
Sungguh hati ini rasa futur. Terlalu mudah goyah, dengan dunia. Terlampau mudah mengimpi syurga. .
Moga kita sentiasa dipelihara. Doakan aku, kamu & juga dia.
Moga kita dipelihara drpd sifat futur. .
#sakitnyatuhdisini
#tarbiahbagisentap
#dakwahbagisentuh
#AllahuMustaan